Percubaan SPM Sejarah Pulau Pinang 2018
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air. (a) Apakah yang diperjuangkan oleh nasionalisme tahap pertama di Filipina? Bandingkan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina dengan perkembangan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan telus. Jelaskan pernyataan tersebut. Nyatakan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya dalam sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua iaitu kerajaan agraria dan kerajaan maritim Kerajaan Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim yang unggul. Buktikan. Nilaikan kepentingan pelabuhan kepada negara Nyatakan ciri-ciri kerajaan maritim. Pelabuhan Malaysia merupakan antara yang paling cekap dan berupaya memenuhi keperluan syarikat perkapalan dunia.
Berikut merupakan Percubaan SPM Sejarah Pulau Pinang 2018
Trial SPM Sejarah Pulau Pinang K2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]