Teknik Menjawab Pendidikan moral SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
MAKLUMAT UMUM
- Masa 2 1⁄2 jam ( Dua jam tiga puluh minit)
- Kertassoalanmengandungiduabahagian.BahagianAmengandungi8 Soalan berstruktur dan Bahagian B mengandungi 3 soalan esei. (jawab 2)
- Tiap-tiapsoalandalamBahagianAdiperuntukkan10markahdanBahagian B diperuntukkan 10 markah.
- JawabsemuasoalandalamBahagianAdanPilihDuasoalandaripada Bahagian B. Jawab 3 esei jika ada masa lebih.
- Jawapanditulisdalamruangjawapanyangdisediakandalamkertassoalan.
- Jawapanmerujukkepadanilai-nilaimoraldanmaksudnilaiyangtersenaraidalam Sukatan pelajaran Pendidikan Moral.
Aspek pengujian 7 Bidang Utama dengan 36 Nilai
Soalan Struktur
Soalan Esei
Kriteria Penyoalan
– Menguji pengetahuan dan kefahaman calon
– Keupayaan menganalisis isi / situasi berdasarkan Nilai
– Menguji kebolehan dan keupayaan calon dalam menyelesai masalah, membuat keputusan, mengambil tindakan terhadap masalah yang dikemukakan
-Memerlukan kemahiran murid menjawab menggunakan KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan KBKK (Kemahiran Berfikir
Secara Kritikal dan Kritis)
- Nyatakannilai
- Huraikan/jelaskan/bincangkan/terangkannilai
- Beridefinisi/maksudnilai
- Berisebab/kesan/akibat/cara
- Banyaksoalanyangmemerlukanhuraiantambahan(doublemarks).
- Muridperluberiperhatianpadamarkahbagisetiapsoalansamadaperludihuraikan
@ tidak. Contoh:
Sebutkan dua cara kamu meluangkan masa bersama keluarga (2 markah)
- i) Menonton tv (1 markah)
- ii) Membersihkan rumah (1 markah)
Terangkan dua cara kamu meluangkan masa bersama keluarga (4 markah)
- i) Melakukan aktiviti riadah (1 m) contohnya bermain badminton (1 m)
- ii) Meluangkan masa bersama (1 m) seperti melancong (1 m)
Berikut merupakan Teknik Menjawab Pendidikan Moral SPM
Teknik Menjawab Kertas Pendidikan Moral SPM
Teknik menjawab soalan Pendidikan Moral SPM
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]