Templat Pelaporan Gabungan Tahun 1 KSSR Semakan
Templat Pelaporan Gabungan 2018 adalah khusus untuk kegunaan guru kelas atau guru tingkatan bagi pelaporan Tahap Penguasaan (TP) dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang baru dikeluarkan pada tahun 2018.
Templat ini mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh murid dalam sesuatu kelas atau tingkatan. Ia membantu guru kelas dalam membuat pelaporan kepada semua pihak yang berkepentingan seperti pentadbir, ibubapa, PPD dan juga JPN apabila diperlukan.
Selain itu templat gabungan ini membantu memudahkan pengurusan rekod perkembangan pembelajaran murid dengan hanya satu pelaporan mewakili semua mata pelajaran. Sehubungan itu juga memberi kemudahan untuk proses cetakan dan tidak membebankan pihak sekolah dengan membantu dari segi penjimatan kos kertas dan sebagainya.
Pada templat gabungan ini, ia adalah berbeza dari segi paparan antara muka di antara templat bagi kegunaan murid sekolah rendah iaitu KSSR dan juga kegunaan murid sekolah menengah iaitu KSSM. Namun begitu, cara kegunaannya masih sama iaitu mengandungi mata pelajaran yang dipelajari oleh murid dan juga tahap penguasaan bagi setiap mata pelajaran tersebut.
Templat Pelaporan Gabungan ini mengandungi 5 halaman iaitu panduan, rekod prestasi murid, laporan murid, data pernyataan dan graf pelaporan.
Tatacara penggunaan pelaporan ini adalah diuruskan oleh guru kelas. Guru kelas hanya perlu memberikan tapak pelaporan ini kepada setiap guru mata pelajaran.
Kemudian, guru mata pelajaran perlu mengisi tahap penguasaan murid dalam mata pelajaran tertentu dan diserahkan kembali kepada guru kelas.
Akhir sekali, guru kelas akan mencetak templat pelaporan gabungan ini untuk disimpan dan diserahkan kepada ibubapa murid sebagai makluman pencapaian tahap penguasaan anak anak di sekolah.
Berikut merupakan templat pelaporan gabungan tahun 1 KSSR semakan.
Templat Pelaporan Gabungan Tahun 1 KSSR Semakan
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]