Tips Pendidikan Moral SPM
SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.
Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.
Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.
Untuk mendapatkan markah tinggi dalam kertas 1225/1 (Pendidikan Moral SPM), calon hanya perlu memahami teknik menjawab yang tepat. Kami telah mambahagikannya kepada beberapa kategori seperti di bawah untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab berdasarkan jenis soalan.
A. Soalan Berdasarkan Nilai
B. Soalan Berdasarkan KBKK
C. Soalan Berdasarkan Amalan
D. Soalan Berdasarkan Agensi
E. Soalan Berasaskan Perundangan dan Institusi Perundangan
F. Soalan Berkaitan dengan Pelancaran / Pelaksanaan Dasar / Program / Kempen G. Soalan Berdasarkan Kepentingan / Kebaikan
H. Soalan Berdasarkan Fungsi / Peranan Agensi / Institusi / Organisasi / Keluarga / Masyarakat
I. Soalan Berdasarkan Ciri-ciri / Sifat-sifat
J. Soalan Berdasarkan Saranan Merealisasikan Program / Menangani Masalah
Jelaskan / Terangkan nilai …
Calon perlu memberikan nilai dan penerangan berdasarkan kata kunci penerangan dan
berfokuskan watak serta situasi soalan.
Calon perlu mengelak daripada menulis jawapan umum (tanpa dikaitkan dengan situasi soalan).
Contoh:
Jelaskan dua nilai yang harus diamalkan oleh ibu bapa untuk menangani isu penderaan
kanak-kanak. [4 markah] Jawapan:
(i) Nilai kasih sayang terhadap keluarga (N) harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa (watak) harus mempunyai perasaan kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga khasnya kanak-kanak (kkp).
(ii) Nilai melindungi hak kanak-kanak (nilai) juga harus diamalkan oleh ibu bapa. Ibu bapa harus memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak daripada penderaan (kkp + fokuskan situasi).
Teknik:
(i) Nilai + Penerangan + watak + fokuskan situasi.
(ii) Nilai dan penerangan ditulis dalam ayat yang berasingan.
Berikut merupakan Tips Pendidikan Moral SPM
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]