Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Penulisan Tahun 2 KSSR Semakan Contoh 2
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.
Peperiksaan kebiasaannya diadakan pada bula oktober setiap tahun oleh pentadbiran sekolah masing masing. Murid-murid juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Pada minggu lepas, saya pulang ke kampung bersama keluarga. Penduduk kampung mengadakan sukan rakyat yang diadakan di padang. Saya mengikut sepupu menyertai sukan itu. Terdapat bermacam-macam sukan tradisional yang dipertandingkan. Kami mengambil bahagian dalam sukan tarik upih.
Saya berusaha menarik sepupu sehingga kami berjaya mendapat tempat kedua. Kemudian, sepupu saya menyertai sukan sepak bulu ayam. Saya menyokong sahaja kerana tidak pandai. Sepupu saya menjuarai sukan itu. Kami pulang setelah acara tamat. Kami menunjukkan hadiah yang dimenangi kepada datuk dan nenek.
Bapa telah menghadiahkan sebuah (a)______(tabung/bekas) kepada Azim. Setiap hari, Azim (b)_______(menghabiskan/menyimpan) lebihan wang ke dalam tabungnya. Lama-kelamaan, wang di dalam tabung Azim telah (c)____(penuh/berkurangan).
Berikut merupakan kertas Peperiksaan Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Penulisan Tahun 2 KSSR Semakan Contoh 2
Ujian Akhir Tahun BM Penulisan tahun 2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]