Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3 KSSR
Sesi persekolahan semakin sampai ke penghujungnya. Sebelum bermula cuti sekolah, murid perlu melalui ujian/peperiksaan terakhir iaitu Peperiksaan Akhir Tahun yang menilai apa yang telah dipelajari oleh murid sepanjang setahun berada di sekolah.
Boleh dijadikan latih tubi ataupun bahan kepada guru sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun.
Peperiksaan kebiasaannya diadakan pada bula oktober setiap tahun oleh pentadbiran sekolah masing masing. Murid-murid juga akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Puan Azlia selalu (1) ________________kepada anak-anaknya, Azman dan Anna agar sentiasa (2) __________________ keselamatan diri tidak kira di mana-mana sahaja mereka (3) _______________. Beliau juga menasihati mereka agar tidak pergi ke taman permainan seorang diri pada waktu petang. “Kamu jangan pergi ke taman seorang diri,”pesan Puan Azlia kepada Azman dan Anna.
“Mengapa pula, ibu?” Tanya Azman. “Kami selalu pergi (4)_______________?” Anna pula (5) _______________. “Ayah atau ibu mesti (6) ________________kamu berdua semasa di taman. Bahaya. Ibu takut apa-apa (7) _______________kepada kamu berdua.
Kebanyakan alat permainan buaian dan jongkang-jongket sudah rosak,” terang Puan Azlia. “Selain itu, jangan (8) _____________dengan orang yang kamu tidak (9) ________________. Jika (10)______________dengan sesiapa yang mencurigakan, kamu mesti menjauhinya.” “Baiklah, ibu. Kami akan ingat pesan ibu itu,” kata Azman.
Berikut dikongsikan contoh set soalan Ujian Akhir Tahun Bahasa Melayu Penulisan Tahun 3 KSSR
Akhir Tahun BM Penulisan tahun 3 set 2
Jutaan terima kasih kepada pihak yang sanggup berkongsi
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]