Koleksi Sukatan Pelajaran STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2018
Selepas menamatkan Sijil pelajaran Malaysia (SPM) tentu ramai yang buntu memilih ke mana hendak melanjutkan pengajian. Ramai yang bertanya antara Matrikulasi, Tingkatan 6, Diploma atau Asasi, mana satu yang merupakan jalan singkat untuk mendapatkan ijazah. Ramai yang menyatakan STPM itu susah.
Untuk makluman Tingkatan Enam telah mula beroperasi di sekolah-sekolah menengah harian bantuan penuh kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Kebanyakkan guru-guru juga adalah lulusan STPM. Bermula pada tahun 2013, STPM telah diubah format menerusi penjenamaan semula dan menjadi salah satu inisiatif KPM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Tempoh pengajian di Tingkatan Enam adalah selama setahun setengah yang telah dibahagikan kepada tiga penggal (semester). Selepas anda menamatkan pengajian selama 3 penggal ini, anda boleh terus memohon untuk kemasukan ke universiti awam atau swasta bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dengan menggunakan keputusan STPM
Berdasarkan pandangan majoriti, syarat kemasukan ke STPM dilihat lebih mudah berbanding syarat kemasukan ke matrikulasi, diploma dan asasi. Pelajar yang mendapat keputusan SPM yang kurang baik juga boleh membuat rayuan dan diterima masuk ke Tingkatan Enam.
Berikut adalah syarat kemasukan ke STPM :
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi aliran yang diambil
- Lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
- Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12.
- Aliran Sains pula tidak melebihi 18 mata unit.
- Aliran Agama tidak melebihi 14 mata unit.
Kebiasaanya, pelajar akan ditawarkan secara automatik ke tingkatan enam jika tidak mendapat mana-mana tawaran untuk melanjutkan pengajian. Namun, ada juga diantaranya tidak ditawarkan. Ini berkemungkinan, mereka mendapat tawaran lain atau mendapat keputusan SPM yang kurang baik. Tetapi jangan terlalu risau kerana, pelajar masih boleh membuat rayuan.
Kurikulum di tingkatan 6 menggunakan sukatan pelajaran yang telah dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Berikut merupakan Sukatan Pelajaran STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pelbagai subjek.
Untuk sukatan pelajaran melibatkan bahasa
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu STPM
Sukatan Pelajaran Bahasa Cina STPM
Sukatan Pelajaran Bahasa Tamil STPM
Sukatan Pelajaran Bahasa Arab STPM
Sukatan Pelajaran Literature in English STPM
Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu STPM
Sukatan pelajaran melibatkan agama
Sukatan Pelajaran Syariah STPM
Sukatan Pelajaran Usuluddin STPM
Sukatan pelajaran STPM melibatkan mata pelajaran lain….
Sukatan Pelajaran Sejarah STPM
Sukatan Pelajaran Geografi STPM
Sukatan Pelajaran Ekonomi STPM
Sukatan Pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
Sukatan Pelajaran Perakaunan STPM
Sukatan Pelajaran Mathematics M STPM
Sukatan Pelajaran Mathematics T STPM
Sukatan Pelajaran Physics Fizik STPM
Sukatan Pelajaran Chemistry Kimia STPM
Sukatan Pelajaran Biology Biologi STPM
Sukatan Pelajaran Sains Sukan STPM
Sukatan Pelajaran Seni Visual STPM
Sukatan Pelajaran Pengajian Am STPM
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]