Penuruna Had Laju Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sempena Ops Bersepadu
Sila hebahkan untuk makluman kepada semua rakyat Malaysia terutamanya yang memandu semasa tempoh Ops Bersepadu dilaksanakan dari 8 Jun 2018 hingga 22 Jun 2018. Ops bersepadu ini dilancarkan sempena dengan cuti perayaan Aidilfitri yang akan disambut pada 15 Jun nanti.
Penurunan had laju itu dilakukan susulan Kempen Keselamatan Jalan Raya (KKR) Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
KKR menerusi satu kenyataan hari ini, memaklumkan penurunan had laju itu akan dikuat kuasakan bermula 8 Jun ini sehingga 22 Jun hadapan dan akan dipantau menerusi Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) oleh kementerian itu.
Bagi jalan persekutuan, had laju diturunan daripada 90 km/j kepad a80 km/j sepanjang Ops bersepadu dilaksanakan.
Bagi jalan negeri pula, Kementerian Kerja Raya memohon kebenaran daripada penashat Undang undang kerajaan negeri untuk menurunkan had laju di Jalan Jalan negeri daripada 80 km/j kepada 70 km/j.
Ops bersepadu ini dilaksanakan bagi mengurangkan kes kes kemalangan di jalan raya yang boeh dikatakan setiap tahun terdapat kematian yang disebabkan oleh kemalangan ini.
Oleh itu, semua pihak berkait perlu menukar papan tanda had laju sejurus pewartaan dilaksanakan bagi mengelakkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya disamping memudahkan kerja penguatkuasaan dijalankan.
Kementerian Pengangkutan mengarahkan syarikat pengendali bas ekspres supaya memastikan semua kenderaan dan pemandu mereka bebas daripada masalah termasuk saman tertunggak sebelum dibenarkan membawa penumpang.
Menurut menterinya, Anthony Loke Siew Fook, pemandu dan bas ekspres yang dikesan mempunyai saman tertunggak tidak dibenarkan meneruskan perjalanan walaupun membawa ramai penumpang untuk pulang menyambut Aidilfitri bermula 8 jun sehingga 22 Jun depan.
Katanya, langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan menerusi Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Sempena Perayaan Aidilfitri yang dilancarkan.
Berikut merupakan surat siaran penuruna had laju kebangsaan.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]