Permohonan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Universiti Malaya
Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan dikendalikan secara sepenuh masa dan keperluan kredit ialah 36 dengan tempoh pengajian sekurang-kurangnya satu (1) tahun. Tempoh maksimum adalah dua (2) tahun. Sepanjang tempoh pengajian kaedah kursus yang digunakan adalah meliputi Kuliah, latihan makmal sains/kejuruteraan/komputeran, tugasan, pembentangan, pengajaran mikro dan juga latihan mengajar.
Kursus DPLI ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester). Program DPLI 2018 ini merupakan program anjuran Universiti Malaya. Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:
- Kimia
- Biologi
- Matematik
- Fizik
- Kejuruteraan
- Sains Komputer
- Bahasa Malaysia
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Tahfiz
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Teknologi Pengajaran
Setelah tamat pengajian, graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersedia memenuhi keperluan tenaga pengajar, khususnya di sekolah menengah atau institusi pendidikan peringkat pra-universiti sebagai guru atau pensyarah pra-universiti dalam pelbagai bidang ilmu, sama ada di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau di kolej swasta. RM 10,269.50 merupakan yuran bagi program ini.
- Syarat Minimum Kemasukan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan pertama (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0),ATAU
- Ijazah Sarjana Muda (dengan sekurang-kurangnya CGPA 2.7); DAN
- Sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman bekerja dalam bidang pendidikan;ATAU
- Lulus ujian bertulis yang ditentukan oleh Fakulti PendidikanATAU
- Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.ATAU
- Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.
- Lulus temu duga yang ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan
Berikut merupakan takwim akademik bagi program DPP ini
Berikut merupakan antara syarat kelayakan program DPP 2018 bawah universiti malaya ini adalah:
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 35 tahun.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
- Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
- Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
- Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
- Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.
Bagi memohon, pengguna perlu mendaftar dahulu username di laman universiti malaya seperti di bawah
Selepas itu, perlu memilih kursus DPP 2018 ini. Kemasukan diploma ini merupakan kemasukan bagi sesi September 2018.
Berikut merupakan pautan kepada permohonan program diploma pendidikan lepasan ijazah DPP UM Universiti Malaya ini. Kursus ini juga merupakan satu kursus di bawah post graduate iaitu lepasan ijazah. Perlu diingatkan bahawa terdapat kesukaran dalam membuat permohonan mungkin kerana server yang sesak. Boleh refresh selalu webpage.
Link Permohonan Program DPLI UM
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]