Cuti Belajar Bergaji Penuh KPM 2018
Calon mestilah Warganegara Malaysia; Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan). Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bagi calon Pendidikan (Fakulti Pendidikan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertamadan kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah ambilan September 2016 dan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
Bagi calon Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas (bidangPendidikan Khas, Fakulti Sains Sosial/Sains Kesihatan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah bagi ambilan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan keputusan RASMI temuduga Program Penajaan/ Cuti Belajar Bergaji Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi ambilan Tahun 2018 boleh disemak mulai 11 Jun 2018 (Isnin), jam 5.00 petang melalui pautan di bawah:-
Sistem Semakan Keputusan Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]