Peluang Kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia Gred W19
Peluang kepada mereka yang berminat bekerja di sektor awam di Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat 169 kekosongan sekarang di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19. Ini merupakan peluang kerjaya di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Antara ciri peribadi yang diperlukan adalah seperti berketrampilan baik, semangat tinggi dalam bekerja berkumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, jati diri cemerlang dan berkelayakan profesional sesuai dengan jawatan.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Julai 2018 Ahad pada jam 11.59 malam. Tugasan merangkumi bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut, Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan, Mengurus dan mengawal peruntukan, Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan, Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar dan Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.
Gaji permulaan adalah RM 1353 dan maksimun adalah RM 4005. Kenaikan tahunan adalah RM 100. Sila kongsikan kepada rakan yang mencari kerja. Mohon di bawah di….
Mohon segera di Laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]