Ujian Diagnostik Sains UPSR Contoh 2
Ujian Saringan merupakan ujian yang dijalankan untuk menapis atau menyaring murid-murid berkeperluan khas daripada kelas perdana. Guru dapat mengesan kurid-murid yang dijangka memerlukan program pemulihan khas hasil daripada Ujian Saringan.
Ujian Saringan ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan.
Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti masalah atau ketidakupayaan sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat mencapai objektif pembelajaran.
Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara contoh soalan adalah seperti Cadangkan satu cara lain yang boleh digunakan untuk menguji sifat kimia bahan sekiranya kertas litmus di bilik sains sekolah kamu telah kehabisan. Suggest one more way that can be used to test the chemical property of substances if the litmus papers in your science room are out of stock
Satu penyiasatan telah dijalankan oleh Suzila terhadap beberapa objek untuk mengenal pasti objek mengikut sifat keapungannya. Cawan plastik, jarum, pensel dan paku dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang berisi air seperti rajah 3.1. An investigation has been carried out by Suzila on several objects in order to identify the objects according to the floating ability. Plastic cup, needle and iron nail are inserted into a container that contains water as shown in diagram 3.1.
Berikut merupakan Ujian Diagnostik Sains UPSR Contoh 2
Ujian Diagnostik Sains Kertas 1 dan Kertas 2
In sha Allah, kekuatan dan kelemahan murid dapat dikesan dan diatasi awal bagi membolehkan sekolah mencapai keputusan upsr yang baik.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]