Bahan Persediaan 60 Hari Menjelang UPSR 2018
Tanggal 22 Julai 2018 menandakan bahawa baki hari yang tinggal sebelum bermulanya UPSR 2018 pada september nanti hanyalah 60 hari sahaja atau kira kira dua bulan.
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan.
Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci. Disebabkan itulah di peringkat sekolah rendah pertolongan dan bimbingan oleh guru amat penting bagi membolehkan murid bersedia sepenuhnya sebelum bermulanya peperiksaan.
Persiapan awal harus dilakukan seperti mengulangkaji pelajaran dan latih tubi. Ini mampu membantu murid mengawal mental dan emosi tekanan ketika menduduki peperiksaan. Murid berkemungkinan akan lupa semua yang anda ulangkaji disebabkan gementar yang keterlaluan dan sebagainya.
Pada waktu yang sama, untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, murid perlu membuat lebih banyak latihan dan juga mengulang kaji pelajaran secara berterusan. Ungkapan yang dipetik daripada Bahasa Inggeris iaitu, “practice makes perfect”.
Kalau ungkapan ini ditukarkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ungkapannya akan menjadi, “praktis asas kecemerlangan”. Kedua-dua ungkapan ini membawa maksud yang sama iaitu jikalau seorang itu membuat latihan yang banyak maka dia akan mencapai kecemerlangan dalam hidup.
Bahan menjelang upsr 2018 yang paling asas yang ingin dikongsikan adalah berkaitan dengan persediaan UPSR 2018 secara umum.
Bank Soalan Koleksi Percubaan UPSR 2018
Kupasan Mutu Jawapan Kertas Peperiksaan UPSR 2017 SK SJKC SJKT
Koleksi lengkap kertas sebenar UPSR 2017(SK)
Koleksi lengkap kertas sebenar UPSR 2016 (sk)
Bank soalan percubaan UPSR 2016 dari pelbagai negeri
Himpunan terbesar percubaan UPSR 2017 pelbagai negeri
Analisis kertas Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR 2017
Analisis kertas Bahasa Inggeris Pemahaman Penulisan UPSR 2017
Perkongsian berikut pula melibatkan pelbagai bahan, nota, panduan tips dan sebagainya untuk digunakan sebagai nilai tambah kepada murid sebelum bermulanya peperiksaan UPSR September nanti. Bahan bahan yang dikongsikan merupakan update bagi bulan Julai 2018. Mahupun begitu, pengunjung perlu sentiasa melayari laman ini kerana proses kemaskini sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa untuk membantu guru dan calon UPSR membuat persediaan rapi. Berikut merupakan bahan menjelang UPSR 2018 mengikut mata pelajaran.
Koleksi Bahan Persediaan Bahasa Melayu UPSR
Koleksi Bahan Persediaan Bahasa Inggeris UPSR
Koleksi Bahan Persediaan Matematik UPSR
Koleksi Bahan Persediaan Sains UPSR
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]