DSKP Bahasa Jerman Tingkatan 3 KSSM
DSKP ataupun Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah juga akan mengalami sedikit perubahan bermula tahun 2017 bagi tingkatan 1, 2018 bagi tingkatan 2 dan untuk tingkatan 3 akan bermula pada tahun 2019.
Perubahan yang dialami ini akan sangat menitikberatkan pemikiran KBAT dan pembelajaran abad ke-21.
Mengapa diperlukan dskp ini atas beberapa sebab sebagai satu panduan Kurikulum yang merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran dan juga membantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP. DSKP yang digunakan pada peringkat sekolah menengah ini mmbawa fungsi yang sama digunakan oleh guru guru di peringkat sekolah rendah.
Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard utama dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. 3 kandungan ini merupakan perkara penting yang perlu difahami oleh rakan guru. Daripada DSKP ini lah rakan guru dapat membina rancangan pengajaran tahunan ataupun RPT yang membahagikan kandungan pembelajaran dalam DSKP kepada minggu minggu dalam setahun persekolahan.
Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalma suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. Tahap penguasaan pula ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan.
Berikut merupakan DSKP Bahasa Jerman Tingkatan 3 KSSM
DSKP Bahasa Jerman KSSM Tingkatan 3
19_KSSM_DPK_BAHASA JERMAN TING 3_com
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]