eRPH Kimia Sekolah Menengah
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. eRPH Kimia Sekolah Menengah
Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah.
Seiring dengan perkembangan zaman, proses penyediaan rph ini telah berkembang melalui penulisan di dalam buku rekod, kemudian di dalam fail dan seterusnya secara atas talian ataupun erph.
Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merupakan antara negeri terawal menggunakan sistem erph. JPNT menyasarkan semua sekolah di Terengganu menggunakan penggunaan Elektronik Rancangan Pengajaran Harian (eRPH) bermula 2020.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, sebanyak 173 daripada 550 sekolah di Terengganu bersetuju untuk menggunakan eRPH bermula pada tahun 2019. Menurutnya, guru besar, guru dan pelatih eRPH dari sekolah yang terlibat telah diberikan pendedahan mengenai eRPH.
Berikut merupakan eRPH Kimia Sekolah Menengah
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]