Koleksi Eksperimen Ujikaji Sains KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek sains di peringkat sekolah rendah, 2 pendekatan yang sering digunapakai oleh guru adalah inkuiri penemuan dan konstruktivisme. Perkongsian kali ini juga melibatkan soalan eksperimen ujikaji sains kssr.
Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomen yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.
Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkanpembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencarimaklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuanberlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena danmencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untukmemahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuanini.
Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidaksesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapakonsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru ataumelalui inkuiri penemuan terbimbing.
Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.
Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu apabila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur terpenting dalam konstruktivisme ialah guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid, pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri, pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baharu bagi menstrukturkan semula idea mereka dan murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.
Dalam persediaan UPSR pula, soalan berbentuk ujikaji atau eksperimen ini boleh disoal terutamanya dalam kertas 1 dan kertas 2. Murid itu sendiri perlu menguasai ujikaji atau eksperimen yang berkaitan dengan kandungan pelajaran sains terutamanya eksperimen yang berada di dalam buku teks,
Berikut merupakan koleksi soalan eksperimen ujikaji Sains KSSR daripada buku teks Tahun 1 hingga Tahun 6. Kongsikan kepada rakan guru terutamanya guru sains.
Soalan Eksperimen Dunia Sains KSSR Tahun 1
Soalan Eksperimen Dunia Sains KSSR Tahun 2
Soalan Eksperimen Dunia Sains KSSR Tahun 3
Soalan Eksperimen Sains KSSR Tahun 4
Soalan Eksperimen Sains KSSR Tahun 5
Soalan Eksperimen Sains KSSR Tahun 6
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
farah nur nabilah
good lucdvshsbs