Koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Ogos Tingkatan 1 KSSM
Bermula tahun 2017, kurikulum sekolah menengah Tingkatan 1 mula digantikan dengan KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KSSM ini bermula dengan murid tahun 1 yang bermula dengan KSSR pada tahun 2011. Proses ini merupakan satu proses transformasi kurikulum yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Proses transformasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat di sekolah menengah sehingga tahun 2021 iaitu di tingkatan 5.
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula pada sesi persekolahan 2017 tingkatan 1 dan 2018 bagi tingkatan 2 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diyakini mampu melahirkan murid yang dinamik untuk bersaing di peringkat global.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
KSSM menggunakan peruntukan masa dalam jam setahun berbanding minit seminggu ketika KBSM dan guru akan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta juga pentaksiran berdasarkan satu dokumen standard yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Peperiksaan yang diadakan pula sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.
Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.
Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik.
Berikut merupakan koleksi ujian pertengahan penggal 2 ogos tingkatan 1 KSSM pelbagai mata pelajaran.
Ujian ogos matematik tingkatan 1 kssm
Ujian Ogos Sejarah Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos Bahasa Inggeris Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos RBT Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos Asas Sains Komputer Tingkatan 1
Ujian Ogos Pendidikan Moral Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos Sains Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos Geografi Tingkatan 1 KSSM
Ujian Ogos Bahasa Melayu Tingkatan 1 KSSM
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]