Teknik Menjawab Sains UPSR Kertas 1 dan Kertas 2
UPSR semakin hampir. Bermula tahun 2016, format UPSR telah bertukar di mana lebih ke arah soalan berbentuk subjektif dan soalan pada aras tinggi atau lebih dikenali dengan kemahiran berfikir aras tinggi.
Sebelum peperiksaan tiba, guru pasti telah habis mengajar setiap topik atau bab yang perlu kita pelajari. Ulangkaji semula bab-bab yang dirasakan susah atau bab yang telah ditarget. Namun, langkah selamat adalah dengan belajar semua bab dengan cara belajar yang dirasakan boleh membantu ketika hari peperiksaan.
Pelajar yang akan menduduki peperiksaan sewajarnya membuat persediaan yang terancang dan awal. Persediaan peperiksaan meliputi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sangat penting kepada semua pelajar.
Sekiranya kita melihat kepada aspek jasmani, sudah tentu tahap kesihatan kecergasan wajar di titik berat. Bak kata pepatah badan cergas minda cerdas.
Memerhati bermaksud: Proses mengumpul maklumat tentang objek atau fenomena yang berlaku dengan menggunakan deria. Kebanyakkan ikan di sungai seperti di dalam gambar telah mati. Berikan satu pemerhatian yang dapat diperhatikan bagi menerangkan keadaan ini?
Mengukur menggunakan nombor Bermaksud: membuat pemerhatian kuantitatif dengan menggunakan nombor atau alat berunit piawai yang diseragamkan sebagai rujukan.
Membuat inferens bermaksud: Membuat kesimpulan awal yang munasabah yang mungkin betul atau tidak betul untuk menerangkan sesuatu peristiwa/ pemerhatian. Berikan inferens berdasarkan gambar tersebut? Ali tidak ke sekolah kerana demam. Suhu Ali meningkat kerana badannya panas dan demam. Ali demam kerana dijangkiti oleh virus. Tuala basah diletakkan di atas kepala Ali untuk mengurangkan suhu badannya.
Berikut merupakan slide teknik menjawab sains UPSR. Kongsikan kepada rakan guru.
Slide menjawab Sains UPSR Kertas 1 dan Kertas 2
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com