myPortfolio Penyelia Asrama
myPortfolio adalah satu kaedah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada pengupayaan minda setiap penjawat awam dalam kerangka organisasi berpembelajaran (learning organisation). Selain sebagai dokumen rujukan rasmi yang menghuraikan maklumat pewujudan jawatan, proses kerja dan panduan menjalankan tugas bagi jawatan tersebut dalam sesebuah organisasi juga dinyatakan dalam myPortfolio.
Ciri-ciri myPortfolio adalah seperti yang berikut:
i. myPortfolio merupakan dokumen rujukan pada peringkat jawatan dan jabatan;
ii. Setiap jawatan dalam sesebuah agensi hendaklah mempunyai myPortfolio termasuk jawatan yang belum diisi;
iii. myPortfolio berasaskan bidang tugas dan tanggungjawab jawatan; dan
iv. myPortfolio mengandungi maklumat, panduan dan rujukan dalam mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi sesuatu jawatan.
Prinsip penyediaan myPortfoflio iaitu 1 myPortfolio : 1 Jawatan. Akauntabiliti dan tugas utama boleh sama bagi jawatan yang menjalankan fungsi yang sama tetapi terdapat kemungkinan perbezaan pada komponen “dimensi” seperti dinyatakan dalam JD. Oleh yang demikian, maklumat pegawai yang menyandang setiap jawatan dalam myPortfolio perlu dikemas kini.
Di dalam sektor pendidikan awam juga, jawatan berkaitan yang bukan guru juga perlu menyediakan myportfolio ini mengikut panduan dan tatacara yang telah ditetapkan.
Berikut merupakan bahan bahan berkaitan dengan penyediaan myPortfolio untuk myPortfolio Penyelia Asrama
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]