DSKP Asas Kelestarian Tingkatan 5 KSSM
Bermula 2017, kurikulum bersepadu sekolah menengah akan digantikan secara berperingkat dengan kurikulum standard sekolah menengah. Pada tahun 2017, murid tingkatan 1 akan mempelajari KSSM sehingga menjadi murid tingkatan 5 pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran juga akan digantikan secara berperingkat dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dskp sebagai panduan dan rujukan baru kepada guru dalam melaksanakan pdpc nanti.
Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).
Antara tahap penguasaan adalah seperti Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas., Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari., Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi, Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik, Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif dan Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Pentaksiran pula lebih berbentuk formatif iaitu Dijalankan secara berterusan dalam proses PdP. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid. Contoh: latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan pemerhatian
Berikut merupakan DSKP Asas Kelestarian Tingkatan 5 KSSM
DSKP Asas Kelestarian KSSM Tingkatan 5
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]