Ujian Pertengahan Tahun Tingkatan 2 Asas Sains Komputer KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid.
Peperiksaan pertengahan tahun juga merupakan salah satu peperiksaan yang pastinya akan ditadbir oleh pihak sekolah sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun. Contoh soalan
Kertas ini mengandungi dua bahagian, Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan dalam ruangan jawapan yang disediakan. Kertas soalan ini hendaklah diserahkan kepada pengawas peperiksaan pada akhir peperiksaan. Penggunaan kalkulator saintifik adalah tidak dibenarkan semasa menjawab kertas soalan ini.
Maria sedang mencari pekerja untuk butiknya. Syarat pemohon mesti perempuan dan berumur 18 tahun ke atas. Jika syarat tidak dipenuhi, permohonan akan ditolak. Tulis pseudokod bagi situasi tersebut.
Seorang murid diminta melakukan ujian matematik secara dalam talian. Jika markah ujian kurang daripada 85, murid akan diminta mengulang ujian tersebut. Bilangan maksimum ulangan yang dapat dilakukan ialah tiga kali. Selepas melakukan ujian, markah akan dipaparkan. Jika murid mengambil lebih daripada satu ujian, markah yang dipaparkan ialah purata markah.
Ejen Syukri terjumpa sekeping nota mesej yang pelik semasa penyiasatan kes kecurian ayam Si Jason. Sila bantu Ejen Syukri mendapatkan maklumat. (Rujuk Jadual Perwakilan Kod ASCII)
Lengkapkan ruangan kosong dalam jadual di bawah dengan digit nombor perenambelasan atau perwakilan digit tersebut.
Berikut merupakan ujian pertengahan tahun tingkatan 2 asas sains komputer
Ujian Pertengahan Tahun Asas Sains Komputer Tingkatan 2 KSSM
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]