Tajuk ramalan UPSR 2018 Sains Kertas 2
Sebelum rakan guru membaca habis posting ini, diingatkan sahaja bahawa perkongsikan ini hanyalah agak agak atau ramalan yang dibuat oleh kebanyakan guru berkenaan dengan UPSR Sains kertas 2 bagi tahun 2018.
Ramalan ini dibuat berdasarkan analisis kepada soalan soalan dari tahun 2016 dan 2017. Semoga perkongsian ini dapat membantu guru membuat persediaan dan penekanan berkenaan dengan kertas upsr 2018 bagi mata pelajaran sains untuk kertas 2.
Berikut merupakan tajuk ramalan upsr 2018 hasil analisis soalan sains kertas 2 bagi tahun 2016 dan 2017. sebarang kesilapan boleh maklum kepada kami.
Berdasarkan analisis di atas, shading berwarna hijau melambangkan tema yang keluar pada tahun 2016 manakala shading berwarna biru melambangkan tema yang keluar pada tahun 2017.
Warna merah pula melambangkan tema yang telah keluar bagi tahun 2016 dan 2017.
Mengikut ramalan kebanyakan guru, tajuk tema berwarna merah tidak akan keluar lagi pada tahun 2018 manakala tajuk tema yang shading berwarna biru dan hijau boleh diulang lagi pada tahun 2018 ini. Tema yang berwarna biru iaitu tema 2017 boleh keluar lagi bagi tahun 2018.
Apa yang boleh dikatakan, soalan dari tahun 3 pasti akan keluar memandangkan setiap tahun bermula tahun 2016 dan 2017, satu tajuk keluar dari tahun 3.
Tema yang belum ada shading lain lagi menujukkan tema tema ini kebarangkalian lebih tinggi untuk diuji pada UPSR 2018 ini. Tema bagi tahun 4 Sains Hayat, Tahun 6 Sains Hayat dan Tahun 5 Sains Fizikal belum lagi diuji pada tahun ini walaupun tema tema ini mengandungi banyak tajuk. Mungkin tajuk tajuk yang berada pada 3 tema ini akan disoal pada tahun ini.
Apa pun yang pasti, dengan baki masa lebih kurang 3 minggu sahaja lagi ini, tekankan kepada murid untuk fokus pada tajuk tajuk yang belum diiuji dengan tidak mengabaikan tajuk tajuk yang telah disoal pada UPSR 2016 dan 2017. Selamat maju jaya diucapkan kepada rakan guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com ]
Muaini bt Abdullah
Damia hebat
Muaini bt Abdullah
Bagus.Saya suka sains