Harga Tiket Penerbangan Sarawak Kuala Lumpur Pertengahan Tahun 2019
Setiap tahun, antara perkara yang difikirkan oleh mereka yang bekerja terutamanya yang bertukar wilayah pastinya berkenaan dengan harga tiket penerbangan yang perlu dibeli bagi membolehkan mereka dapat pulang beraya ataupun pulang menyambut gawai dan keamatan bagi mereka yang berasal dari Sarawak dan Sabah.
Pada tahun 2019 ini, hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada cuti pertengahan tahun 2019 ini iaitu pada awal jun. Jadi, harga tiket yang hampir dengan tarikh perayaan tersebut berbeza ketika hari yang lain. Bagi mereka yang bergelar guru pula, pastinya mahu pulang di awal cuti persekolahan yang bercuti selama 2 minggu.
Perkongsian harga tiket ini berpandukan syarikat penerbangan Airasia. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mahu menggunakan laluan udara untuk membuat kira-kira bajet keluarga untuk membeli tiket bagi menyambut perayaan ini di kampung. Bagi yang berada di borneo yang berasal dari semenanjung atau sebaliknya, laluan udara merupakan satu-satunya pengangkutan yang boleh diguna pakai.
Di sarawak, terdapat 4 lapangan terbang yang boleh digunakan untuk laluan terus ke kuala lumpur iaitu KLIA dan KLIA2. Lapangan terbang tersebut adalah lapangan terbang, Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Berikut merupakan harga tiket penerbangan sarwak kuala lumpur 2019 ketika cuti pertengahan tahun.
Untuk hari Sabtu 25 Mei 2019, tiket bagi kuching ke Kuala Lumpur adalah Rm311 pada permulaan hari dan Rm258 menjelang malam hari.
Untuk perjalanan kuala lumpur ke Kuching pada hari Isnin 10 Jun 2019, harga tiket bermula Rm 254 sehingga Rm550 sehala. Waktu tengah hari berjumlah setengah ribu ini sangat mahal.
Seterusnya pula adalah bagi laluan Sibu Kuala Lumpur. Mereka yang berada di kapit dan song kebiasaannya menggunakan lapangan terbang sibu memandangkan bot yang dinaiki dari pedalaman berhenti di wharf ekpress sibu. Paling murah bagi sibu ke Kuala Lumpur pada Sabtu 25 Mei 2019 adalah Rm251.
Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sibu pada hari Isnin 10 Jun 2019 adalah Rm251 sepanjang hari tersebut iaitu 5 penerbangan.
Panduan seterusnya adalah menggunakan lapangan terbang Bintulu.Hanya terdapat 3 penerbangan sahaja pada Sabtu 25 Mei 2019 berharga antara Rm268 hingga Rm389.
Bagi laluan Kuala Lumpur ke Bintulu pula, tiga penerbangan tersebut berharga RM389. Kebiasaannya, orang yang bekerja di Bintulu akan menggunakan lapangan terbang miri kerana lebih murah dan lebih pilihan penerbangan.
Lapangan terbang seterusnya adalah lapangan terbang miri. Dari Miri ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 25 Mei 2019 adalah Rm301 sepanjang hari tersebut.
Harga bagi Kuala Lumpur ke Miri adalah RM356 sepanjang hari tersebut iaitu pada Isnin 10 Jun 2019.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang berhajat menggunakan pengangkutan udara.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]