Harga Tiket Penerbangan Sabah Kuala Lumpur Pertengahan Tahun 2019
Setiap tahun, antara perkara yang difikirkan oleh mereka yang bekerja terutamanya yang bertukar wilayah pastinya berkenaan dengan harga tiket penerbangan yang perlu dibeli bagi membolehkan mereka dapat pulang beraya ataupun pulang menyambut gawai dan keamatan bagi mereka yang berasal dari Sarawak dan Sabah.
Pada tahun 2019 ini, hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada cuti pertengahan tahun 2019 ini iaitu pada awal jun. Jadi, harga tiket yang hampir dengan tarikh perayaan tersebut berbeza ketika hari yang lain. Bagi mereka yang bergelar guru pula, pastinya mahu pulang di awal cuti persekolahan yang bercuti selama 2 minggu.
Perkongsian harga tiket ini berpandukan syarikat penerbangan Airasia. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mahu menggunakan laluan udara untuk membuat kira-kira bajet keluarga untuk membeli tiket bagi menyambut perayaan ini di kampung. Bagi yang berada di borneo yang berasal dari semenanjung atau sebaliknya, laluan udara merupakan satu-satunya pengangkutan yang boleh diguna pakai.
Berikut merupakan harga tiket penerbangan sabah kuala lumpur bagi cuti pertengahan tahun 2019. Di Sabah, terdapat 3 lapangan terbang yang boleh digunakan untuk terus ke Kuala Lumpur iaitu Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Sandakan dan Lapangan Terbang Tawau.
Bagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, paling murah pada hari Sabtu 25 Mei 2019 adalah pada waktu awal pagi iaitu Rm234. Paling mahal adalah Rm400 pada waktu pukul 10.00 pagi lebih.
Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu adalah RM330 yang paling murah pada hari Isnin 10 Jun 2019.Lapangan terbang yang boleh digunakan di sabah adalah lapangan terbang di Sandakan. Berikut merupakan harga tiket bagi Sandakan Kuala Lumpur untuk cuti pertengahan tahun.
Harga paling murah dari Sandakan Ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu 25 Mei 2019 adalah RM 234.
Harga tiket dari Kuala Lumpur ke Sandakan adalah Rm308 yang paling murah pada 10 Jun 2019 iaitu hari Isnin.
Berikut pula merupakan harga tiket bagi laluan Tawau Kuala Lumpur. Pada Sabtu 25 Mei 2019, harga tiket adalah Rm378 sepanjang hari tersebut.
Bagi harga untuk kuala lumpur ke Tawau paga Isnin 10 Jun 2019 adalah RM319 sepanjang hari tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang berhajat menggunakan pengangkutan udara terutamanya yang berada di Sabah.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]