Nota dan Bahan Persediaan Prinsip Perakaunan SPM
SPM semakin hampir. Ulangkaji dan latih tubi perlu dilalui oleh calon SPM dan juga guru bagi memastikan calon SPM ini bersedia sebaik mungkin bagi menghadapi SPM yang akan berlangsung.
Kali ini dikongsikan Nota dan Bahan Persediaan Prinsip Perakaunan SPM. Antara kandungan nota adalah seperti
Kesilapan ketinggalan satu urus niaga Contoh: Ambilan barang RM40 terlupa rekod
Kesilapan prinsip. Contoh: Belanja membaiki bangunan RM290 tersilap rekod dalam Akaun Bangunan
Kesilapan amaun Contoh: Belian daripada Mizan RM650 tersilap rekod sebagai RM560 dalam kedua-dua akaun
Kesilapan saling mengimbangi Contoh: Jualan RM250 tersilap catat dalam Akaun Jualan sebagai RM205. Begitu juga belian RM350 tersilap catat dalam Akaun Belian sebagai RM305
Kesilapan komisen Contoh: Belian daripada Nana RM800 silap rekod dalam Akaun Nani
Kesilapan songsang/terbalik Contoh: Ambilan barang RM70 silap didebit dalam Akaun Belian dan dikredit dalam Akaun Ambilan
Kesilapan ketinggalan salah satu urus niagaContoh: Ambilan barang RM90 hanya didebitkan dalam Akaun Ambilan sahaja. Tiada catatan dibuat dalam Akaun Belian
Amaun debit berbeza daripada amaun kredit Contoh: Beli barang daripada Syarikat Shida RM560 direkodkan dengan betul dalam Akaun Shida tetapi tersilap rekod sebagai RM506 dalam Akaun Belian
Urus niaga direkod dua kali di sebelah yang sama Contoh: Pulangan belian RM500 direkod di sebelah kredit dalam kedua-dua akaun
Kesilapan penghitungan dalam jurnal dibukukan ke lejar Contoh: Jurnal Belian terlebih catat RM48
Untuk soalan percubaan SPM, boleh rujuk di sini
Kertas percubaan Prinsip perakaunan SPM 2017
Berikut merupakan nota dan bahan persediaan prinsip perakaunan SPM.
NOta Akaun Tingkatan 4 Cg Hashim
Selamat maju jaya terutama kepada calon SPM dan juga guru guru SPM yang telah bertungkus lumus.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]