Koleksi Bahan Lesson Study PLC
Komuniti Pembelajaran Professional (PLC) kerap dirujuk sebagai sekumpulan guru-guru yang bertemu secara kerap, berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar (DuFour et al. 2010; Hord, 1997)
Pada 2 April 2010, GTP 1.0 meletakkan pendidikan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). PLC telah dimulakan semenjak 2011 di bawah inisiatif GTP 1.0 oleh BPG untuk memastikan kelestarian kualiti guru. Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah mendapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang didokong oleh A)Kualiti kepimpinan dan B)Kualiti guru
Pada 6 Sept 2013, GTP 2.0 telah melancarkan PPPM 2013 – 2020. Anjakan 4 PPPM untuk mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan merangkumi strategi di bawah yang berkaitan dengan PLC: A)Guru akan didedahkan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan professional B)Guru akan saling bekerjasama dalam menangani isu dan berkongsi amalan terbaik
Konsep Komuniti Pembelajaran Profesional (Profesional Learning merupakan salah satu pendekatan in- situ untuk peningkatan pembangunan profesionalisme berterusan yang perlu dibudayakan pada semua peringkat terutamanya di sekolah.
Di peringkat sekolah terutamanya, amalan kolaboratif dan perkongsian dalam PLC akan mengubah budaya guru dalam PdP untuk menjadikan pendidikan lebih bermakna.
Lesson Study adalah amalan guru-guru secara KOLABORATIF : i.merancang dan menyedia satu Rancangan Mengajar ii.membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru iii.membuat refleksi terhadap PdP, dan seterusnya iv.mengubahsuai untuk menambahbaik Rancangan Mengajar.
Antara koleksi bahan lesson study PLC yang boleh digunakan oleh rakan guru adalah seperti
Borang pemerhatian Lesson Study
Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan [ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]