Januari PBD Sains Tahun 1 KSSR Semakan
Perkongsian kali ini melibatkan PBD Sains Tahun 1 KSSR Semakan bagi bulan Januari. Kongsikan kepada rakan guru untuk melaksanakan PBD di sekolah.
Antara perbezaan PBS dan PBD ialan PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK), Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
pentaksiran yang lebih objektif bagi murid Tahap I hendaklah melihat kepada perkembangan murid secara lebih menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai mumi yang berbentuk rutin harian. Pentaksiran ini beriaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid. Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap I yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.

Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
i.bercerita;
ii.projek mudah;
iii.permainan;
iv.main peranan; dan
v.kuiz
Selain daripada aktiviti di dalam para 4, guru juga boleh menjalankan PBD dalam bentuk aktiviti lain yang bersesuaian.
Berikut merupakan bahan atau modul bagi PBD Sains Tahun 1 KSSR Semakan bagi bulan januari
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]