Persediaan Penggal Persekolahan 2019
Penggal persekolahan baru bagi tahun 2019 yang bakal bermula nanti pastinya satu tahun yang penuh dengan aktiviti, pembelajaran dan pelbagai lagi dasar berkaitan pendidikan yang sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.
Bagi tahun 2019 ini, pihak KPM melalui BPSH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian telah mengeluarkan beberapa panduan kepada pentadbiran sekolah, guru, ibu bapa, murid serta orang awam berkenaan dengan perkara berkaitan dengan penggal persekolahan 2019. Dokumen panduan ini dapat membantu warga sekolah dan ibu bapa membuat beberapa persediaan berkenaan dengan persekolahan.
Melalui dokumen ini, pelbagai panduan seperti minggu persekolahan, cuti penggal persekolahan, disertakan sekali dalam dokumen ini.
Penggal pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 2019 bagi negeri kumpulan A dan 2 Januari 2019 bagi negeri kumpulan B. Ini disebabkan negeri kumpulan B menyambut tahun baru masihi 2019 sebagai salah satu cuti umum.
Penggal 2 persekolahan pula bermula pada 9 Jun 2019 bagi negeri kumpulan A dan 10 Jun 2019 bagi negeri kumpulan B namun tertakluk kepada cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM bagi tahun 2019. Cuti persekolahan ini juga tertakluk kepada perubahan lagi kerana pada tahun 2018, negeri Sarawak bercuti sempena Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri berbeza dengan negeri lain.
Dengan yakin semua sekolah telah memulakan persediaan menghadapi sesi persekolahan 2019 terutamanya persediaan fizikal seperti susun atur kelas, keduduka buku dan pelbagai lagi. Sejauh mana tahap kesediaan bergantung sejauh mana digri keperihatinan, kecaknaan, kepedulian dan akauntebaliti pengurus sekolah masing-masing. Ada yang mungkin telah siap sedia segalanya. Mungkin ada yang dalam proses persediaan atau baru memulakan persediaan.
Berikut merupakan dokumen persediaan penggal persekolahan 2019 untuk kegunaan warga sekolah dan orang awam.
Persediaan Penggal 2019 Persekolahan
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]