Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2019
Antara perkara yang sering dinantikan oleh penjawat awam adalah tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2019. Ini bukan apa, supaya memudahkan pegawai merancang pengurusan dan perbelanjaan kewangan keluarga. Maklumlah terdapat banyak komitmen yang perlu diselesaikan setiap bulan.
Tarikh pembayaran gaji telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu setiap 25Hb bagi setiap bulan. Namun, terdapat beberapa situasi di mana tarikh pembayaran gaji tersebut akan diawalkan.
Antara situasinya adalah jika 25hb jatuh pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia akan diawalkan pada hari Khamis.
Kenapa ia diawalkan? Ini kerana, tempoh pekerjaan di Malaysia tidak selaras, ada yang bekerja dari Ahad hingga Khamis dan ada yang berkerja dari Isnin hingga khamis. Jadi, syarat gaji perlu diterima pada hari bekerja bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran.
Pembayaran gaji juga akan diawalkan jika tarikh penerimaan gaji jatuh atau berdekatan dengan tarikh cuti perayaan. Jika tarikh perayaan jatuh pada 25hb, maka gaji akan diawalkan kepada tarikh di antara 15hb hingga 20hb. Tujuan tarikh ini diawalkan bagi memudahkan penerima gaji membeli barang-barang keperluan bagi menyambut perayaan.
Bagi tahun 2019, tiada tarikh pembayaran gaji yang luar biasa iaitu 2 minggu awal. Hanya Oktober 2019 dan Disember 2019 sahaja gaji lebih diawalkan pembayarannya. Ini disebabkan perayaan Deepavali dan Krismas yang jatuh pada 27 Oktober dan 25 Disember.
Bagi melihat tarikh pembayaran gaji penjawat awam 2019 di bawah,
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]