Ujian Pertengahan Tahun Sains Tingkatan 3 KSSM
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai.
Tumbuhan hijau memainkan peranan yang sangat penting dalam kitar karbon bagi mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera. Nyatakan fenomena yang berlaku sekiranya penebangan hutan berlaku secara berleluasa. Terangkan kesan fenomena tersebut terhadap alam sekitar.
Kawalan biologi ialah kaedah yang digunakan untuk mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun perosak atau bahan kimia. Berikan dua kelebihan menggunakan kawalan biologi dalam bidang pertanian.
Nyamuk aedes sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan penularan penyakit demam denggi. Nyamuk aedes mudah membiak di kawasan air bertakung. Sekumpulan murid telah menjalankan penyiasatan tentang cara untuk mengawal pembiakan nyamuk aedes. Mereka telah meletakkan sejumlah 20 ekor larva nyamuk dan dua ekor ikan gapi di dalam satu bekas. Jadual menunjukkan bilangan larva nyamuk dalam tempoh tiga hari.
Air yang dikumpul daripada sumber air seperti sungai dan air hujan disalurkan ke loji pembersihan air untuk dirawat. Mengapakah pembersihan air perlu dilakukan sebelum air dihantar kepada pengguna?
Sungai merupakan sumber air utama di Malaysia. Malangnya, pencemaran air yang berlaku seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akibat bahan kimia telah mengakibatkan air tercemar dan tidak selamat untuk kegunaan manusia. Nyatakan dua cara mengatasi masalah pencemaran air.
Berikut merupakan kertas soalan ujian pertengahan tahun sains tingkatan 3 kssm
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]