Percubaan UPSR 2019 Matematik Pulau Pinang
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.
Antara contoh soalah adalah Zahril menghadiri kelas tambahan setiap sabtu pada pukul 830 pagi. Dia pulang ke rumah pada pukul 115 tengah hari. Hitung tempoh masa untuk kelas tambahan itu. Encik tan telah menyimpan wang selama beberapa tahun dan menerima faedah pada setiap hujung tahun. Berapakah jumlah wang simpanan Encik Tan pada 31 disember 2018
UPSR bermula 2016 diperkenalkan dengan 6 kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains. Sains pula mempunyai kertas 1 dan kertas 2.
Kertas peperiksaan dari Negeri Pulau Pinang ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk mengulangkaji menjelang bermulanya peperiksaan UPSR september nanti.
Berikut merupakan Percubaan UPSR 2019 Matematik Pulau Pinang
Percubaan UPR Matematik K1 Penang
Trial UPSR Penang Matematik K2
skema jawapan matematik Penang
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]