Percubaan UPSR 2019 Negeri Sembilan Bahasa Melayu Penulisan
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Antara contoh soalan adalah gambar di bawah menunjukkan ciri ciri keselamatan semasa berbasikal. Tulis ulasan tentang kebaikan ciri ciri keselamatan tersebut dalam bentuk perenggan. Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Sekolah kamu telah mengadakan Karnival hari Kantin sempena sambutan Minggu Usahawan Sekolah. Selaku setiausaha Kelab Usahawan Sekolah, kamu dikehendaki menulis laporan tentang program tersebut. Tuliskan laporan itu selengkapnya. Tuliskan cara cara kamu menjadi jiran yang baik.
Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
UPSR bermula 2016 diperkenalkan dengan 6 kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains. Sains pula mempunyai kertas 1 dan kertas 2.
Kertas ujian percubaan UPSR dari negeri sembilan juga boleh dijadikan bahan dan latih tubi kepada murid menjelang UPSR 2019 yang sebenar nanti. Diharap dengan pelbagai latih tubi ini dapat membantu murid mempersiapkan diri sebelum UPSR menjelma nanti.
Berikut merupakan Percubaan UPSR 2019 Negeri Sembilan Bahasa Melayu Penulisan
Percubaan UPSR 2019 N9 BM Penulisan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]