Percubaan UPSR 2019 Selangor Bahasa Inggeris Penulisan
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Kepentingan peperiksaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Berjayalah pelajar-pelajar memahami dan menguasai kemahiran yang diajar kepada mereka. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Pelajar-pelajar pula perlu meningkatkan keupayaan diri.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.
Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
UPSR bermula 2016 diperkenalkan dengan 6 kertas peperiksaan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Pemahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains. Sains pula mempunyai kertas 1 dan kertas 2.
Kertas soalan percubaan UPSR dari Selangor juga boleh digunakan sebagai bahan persediaan oleh guru untuk murid yang bakal menghadapi UPSR nanti. Mudah mudahan UPSR yang akan berlangsung pada september ini dapat dilalui oleh muri dengan baik
Antara contoh soalan adalah You are the class monitor. Write a formal letter to the co-curricular senior assistant to seek permission to use the sports facilities for the interclass games. write your answer betweem 50 to 80 words.
Berikut merupakan Percubaan UPSR 2019 Selangor Bahasa Inggeris Penulisan
Percubaan UPSR 2019 Bahasa Inggeris Penulisan Selangor
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]