Percubaan SPM 2019 Matematik Terengganu
Perkongsian kali ini melibatkan kertas soala percubaan SPM 2019 Matematik Terengganu. Kongsikan kepada rakan guru..Semoga bermanfaat..
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Antara contoh soalan Rajah 2 menunjukkan sebatang kayu lurus MN yang bersandar pada sebuah tiang rumah dengan tapak PQRS. Tiang dan lantai dilitupi oleh jubin segi empat sama di mana saiz sekeping jubin tiang adalah dua kali saiz sekeping jubin lantai.
Rajah 4 menunjukkan sebuah prisma tegak. Trapezium BCFG ialah keratan rentas seragam prisma itu. Sebuah hemisfera berjejari 3.5 cm dikeluarkan daripada pepejal itu.
Rajah 6 menunjukkan empat bentuk yang pertama bagi suatu jujukan yang mengikut pola tertentu dan seterusnya. Buat satu kesimpulan umum secara aruhan bagi jujukan tersebut.
Encik Rashid menjual ikan tilapia dengan harga RM p sekilogram dan sotong RM q sekilogram. Pada hari pertama, Encik Rashid berjaya menjual 20 kilogram ikan tilapia dan 12 kilogram sotong. Pada hari kedua, Encik Rashid berjaya menjual 23 kilogram ikan tilapia dan 14 kilogram sotong. Jumlah hasil jualan pada hari pertama dan kedua masing-masing ialah RM 402 dan RM 465. Cari harga sekilogram ikan tilapia dan harga sekilogram sotong dengan menggunakan kaedah matriks.
Berikut adalah kertas soalan Percubaan SPM 2019 Matematik Terengganu
Kertas 1 Trial SPM 2019 Matematik Terengganu
Kertas 2 Trial SPM 2019 Matematik Terengganu
skema jawapan trial SPM Matematik Terengganu
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]