Contoh Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21
Selaras dengan Transformasi Sekolah 2021 atau TS25, pembelajaran dan pemudahcaraan juga harus disesuaikan mengikut keadaan dan masa. Para guru diminta untuk menerapkan dan mengamalkan kaedah serta aktiviti yang berkaitan dengan PAK 21.
Antara kaedah atau aktiviti yang boleh diamalkan sesuai dengan PAK 21 adalah seperti
Galery Walk ( Lawatan ke geleri )
Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :
- a) Melihat
- b) Berfikir dan
- c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal
Time capsules (Kapsul Masa)
Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya ) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulankemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis.
Chain Line (Rangkaian )
Murid membuat rantai kertas di mana pada setiap kertas ditulis idea / maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi.
Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu.
Shout Out ( laungan )
Murid digalakkan memberi idea secara lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi sumbangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik.
Classification ( Klasifikasi)
Menampal kata kunci atau soalan di dinding di beberapa tempat.Murid dikehendaki berdiri d imana-mana tempat yang terdapat soalan yang mereka suka /setuju
What Matters ( Apa yang penting)
Satu teknik menjawab soalan yang diberi-murid bergerak dan melihat serta cuba untuk memahami atau memilih jawapan-jawapan yang sesuai yang ditampal di sekitar mereka.
Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)
Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan
Think – Pair – Share (Fikir-Pasang – Kongsi)
a) murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan
c) Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan lain/kumpulan/kelas
Diamond Ranking ( Susunan Berlian )
9 keping kertas/kad disusun dalam bentuk berlian (1-2-3-2-1). Strategi ini digunakan untuk menunjukkan / menentukan susunan mengikut kepentingan idea/isu / isi pada pandangan murid
Story Books (Buku Cerita)
Penggunaan buku cerita kanak-kanak dalam kelas yang lebih dewasa dapat memberi peluang kepada mereka berbincang dan membuat refleksi.
Party (Pesta)
Mewujudkan suasana “berpesta” dan berbincang tentang topiktopi yang disediakan di atas kad-kad yang ditampal di sekeliling bilik / dewan atau diletakkan di atas meja atau di lantai
Sharing ( Berkongsi)
Kumpulan dibentuk dan disusun mengikut minat atau hasil pembelajaran yang sama
Carousel (Karusel)
a) Soalan ditampal/diletakkan di sekeliling bilik
b) Murid dikehendaki bergerak dalam kumpulan dari satu soalan ke satu soalan yang lain dengan menunggu arahan guru sebelum bergerak
c) Semua murid mesti bergerak ke setiap tempat yang diletakkan soalan. Murid diminta berbincang atau menulis jawapan mereka dalam kertas
d) Cara yang lain murid duduk dalam kumpulan dan soalan diedarkan mengikut pusingan jam. Setiap kumpulan mesti berbincang dan menjawab semua soalan
Read and highlight (baca dan tanda)
Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama
Question Builder ( Pembina Soalan)
Guru memberi konsep dan membimbing pelajar supaya mereka membina soalan yang membolehkan mereka mempelajari lebih lanjut tentang konsep yang telah diberikan
Puzzle it Out (Selesaikan)
Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan menyusun maklumat
Cloze Procedures ( Isikan tempat kosong)
Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat.
Berikut merupakan Contoh Lain bagi Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK21
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]