DSKP Biologi Tingkatan 4 dan 5 KSSM
Bermula 2017, kurikulum bersepadu sekolah menengah akan digantikan secara berperingkat dengan kurikulum standard sekolah menengah. Pada tahun 2017, murid tingkatan 1 akan mempelajari KSSM sehingga menjadi murid tingkatan 5 pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, sukatan pelajaran juga akan digantikan secara berperingkat dengan dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dskp sebagai panduan dan rujukan baru kepada guru dalam melaksanakan pdpc nanti.
Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme.
Berikut merupakan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi DSKP Biologi Tingkatan 4 dan 5 KSSM
DSKP Biologi Tingkatan 4 dan 5
Berikut merupakan DPK 2.0
Biologi tingkatan 4 Penjajaran
Biologi Ting 5 sisipan DIJAJARKAN
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]