Kefahaman Melalui Reka Bentuk Backward Design PBD
Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Terdapat 6 tahap penguasaan dalam pelaporan ini yang akan menentukan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Antara 6 tahap penguasaan tersebut adalah seperti Tahap 1 di mana Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahap 3 memberi tanggapan umum di mana murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 4 pula murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
Tahap 5 adalah Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif manakala tahap 6 murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Bermula 2019, tahap 1 dari tahun 1 hingga tahun 3 menggunakan pelaporan bilik darjah berdasarkan kurikulum standard sekolah rendah KSSR semakan bermula 2017. Tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun bagi murid tahap 1 bermula 2019 kerana akan menggunakan pentaksiran bilik darjah sepenuhnya.
Berikut merupakan turut carta alir pembinaan kefahaman melalui reka bentuk menggunakan backward design.
Yang pertama adalah mengenalpasti 4 subjek iaitu subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains. Yang kedua adalah mengenalpasti standard kandungan, standard pembelajaran bagi 4 subjek yang dirungkai tersebut. Yang ketiga adalah mengenalpasti pengetahuan dan kemahiran. Yang keempat membina the big ide. Yang kelima menetapkan hasil pembelajaran.
Yang keenam adalah membina essential question iaitu soalan soalan penting. Yang ketujuh menentukan tugasan strategi yang hendak digunakan dalam setiap subjek. Yang kelapan memastikan setiap strategi mempunyai evidens berlandaskan dskp, proses, product dan bahan bantu yang hendak digunakan. Yang kesembilan menyediakan aspek atau kriteria pentaksiran moderasi. Yang kesepuluh membuat pemodelan, Yang kesebelas menyediakan senarai semak guru, murid, rakan sebaya, ibubapa dan pembimbing. Yang kedua belah menentukan tempoh masa pelaksanaan. Yang ketiga belah membina pelan pembelajaran, yang keempat belas bina projek pelaksanaan pbd dan yang kelima belas mendapatkan maklum balas showcase daripada guru, murid, rakan sebaya, ibubapa dan pembimbing.
Berikut merupakan panduan bacaan kepada guru untuk memahami lebih lanjut kefahaman melalui reka bentuk backward design bagi melaksaan PBD di sekolah.
Kefahaman Melalui Reka Bentuk Backward Design PBD
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]