Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa Melayu Tingkatan 4
Bermula 2017, KBSM akan digantikan oleh KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Proses ini bermula secara berperingkat di mana bermula dengan tingkatan 1 pada tahun 2017, tingkatan 2 pada tahun 2018, tingkatan 3 pada tahun 2019, dan pada tahun 2021 ialah tingkatan 5.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan seperti mana di peringkat rendah. Peperiksaan dilaksanakan bergantung kepada pentadbiran sekolah dan kebiasaanya ditadbir sebanyak 4 kali iaitu pada bulan Mac, Mei (Pertengahan tahun), Ogos / September dan Oktober/November (Akhir tahun).
Peperiksaan bulan ogos yang juga merupakan penilaian sumatif adalah penting untuk menentukan dan mengukur hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci. Peperiksaan bulan ogos ini menginterpretasikan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif iaitu dalam bentuk perwakilan data yang lebih jelas.
Pelaksanaan ogos di sekolah adalah penting bagi membolehkan guru melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Menerusi pelaksanaan ini, guru dapat melihat tahap pencapaian murid secara berdasarkan skor dan gred yang murid peroleh dalam ujian tersebut.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha membudayakan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat dan kekangan–kekangannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dewasa ini kita menghadapi satu senario, iaitu sifat-sifat luhur dan kesantunan budi bahasa yang semakin terhakis sedangkan dulu hal ini menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia. Ungkapan infrastruktur kelas pertama dan mentaliti kelas ketiga tepat menggambarkan kerisauan masyarakat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekoran itu, kerajaan telah mengorak langkah yang bijaksana, iaitu pada 11 Januari 2010, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan. Kempen ini dijalankan bagi tempoh masa lima tahun dari tahun 2010 hingga tahun 2015. Perdana Menteri menyatakan bahawa sebelum amalan ini terhakis seharusnya peranan kendiri, keluarga, dan masyarakat amat penting untuk membugarkan budaya berbudi bahasa.
Perkongsian kali ini melibatkan Ujian Pertengahan Penggal 2 Bahasa Melayu Tingkatan 4
UPP2 Bahasa Melayu Tingkatan 4
Mata pelajaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]