Ujian Pertengahan Penggal 2 Matematik Tingkatan 2 KSSM
Bermula 2017, KBSM akan digantikan oleh KSSM iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Proses ini bermula secara berperingkat di mana bermula dengan tingkatan 1 pada tahun 2017, tingkatan 2 pada tahun 2018, tingkatan 3 pada tahun 2019, dan pada tahun 2021 ialah tingkatan 5.
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan seperti mana di peringkat rendah. Peperiksaan dilaksanakan bergantung kepada pentadbiran sekolah dan kebiasaanya ditadbir sebanyak 4 kali iaitu pada bulan Mac, Mei (Pertengahan tahun), Ogos / September dan Oktober/November (Akhir tahun).
Peperiksaan bulan ogos yang juga merupakan penilaian sumatif adalah penting untuk menentukan dan mengukur hasil pencapaian murid dalam beberapa unit pembelajaran secara lebih terperinci. Peperiksaan bulan ogos ini menginterpretasikan pencapaian murid dalam bentuk kuantitatif iaitu dalam bentuk perwakilan data yang lebih jelas.
Pelaksanaan ogos di sekolah adalah penting bagi membolehkan guru melakukan penambahbaikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Menerusi pelaksanaan ini, guru dapat melihat tahap pencapaian murid secara berdasarkan skor dan gred yang murid peroleh dalam ujian tersebut.
Antara contoh soalan matematik Siapakah yang mempunyai min masa melayari laman sesawang dalam seminggu yang paling tinggi? Tunjukkan pengiraan anda. Who has the higher weekly mean time spent for surfing the web? Show your working. Siapakah yang mempunyai julat masa melayari laman sesawang yang paling besar? Who has the larger range of time spent for surfing the web?
Seorang perenang mengambil masa selama 23.5 saat untuk berenang sejauh 50 m dan 26.5 saat lagi untuk berenang sejauh 50 m yang seterusnya. Hitung laju purata perenang itu. Syaqeel bertolak dari rumahnya pada pukul 11.25 a.m. menuju ke sebuah bandar sejauh 169 km. Dia sampai di destinasinya pada pukul 2.40 p.m. Cari lajunya, dalam km/j.
Perkongsian kali ini melibatkan Ujian Pertengahan Penggal 2 Matematik Tingkatan 2 KSSM
UPP2 Matematik Tingkatan 2 KSSM
UPP2 Matematik Tingkatan 2 KSSM Contoh 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]