Ujian Akhir Tahun Asas Sains Komputer Tingkatan 2 KSSM
Antara contoh soalan Huraikan langkah-langkah yang terlibat untuk membangunkan algoritma bagi menyelesaikan suatu masalah. Bagi soalan 21- 24, lengkapkan ayat di bawah dengan perkataan yang betul. Sebelum menyelesaikan masalah, masalah harus _________ Kemudian, barulah langkah pertama membangunkan algoritma. Langkah pertama ialah langkah _____________ untuk mengenal pasti proses-proses yang terlibat, __________ yang diperlukan, penglibatan struktur _______ dan __________ ubah.
Langkah kedua ialah langkah mendraf ____________ dan melakukan semakan Dalam langkah ini, bina algoritma beraras tinggi seakan-akan bahasa ___________. Kemudian, lakukan semakan logik ke atas algoritma yang direka. Semakan logik boleh membantu mengesan ________ dan membuat penambahbaikan ke atas algoritma tersebut. Langkah ketiga ialah memurnikan langkah-langkah algoritma dengan membuat penambahbaikan ke atas langkah-langkah algoritma.
Di sini akan dikongsikan koleksi soalan akhir tahun bagi tingkatan 2 KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah untuk pelbagai mata pelajaran . Kongsikan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif
Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid. Peperiksaan SPM soalannya kebanyakan digubal daripada Majlis Pengetua ataupun guru guru pakar yang terdapat dalam daerah atau negeri.
Berikut merupakan Ujian Akhir Tahun Asas Sains Komputer Tingkatan 2 KSSM
PAT Asas Sains Komputer KSSM Tingkatan 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]