Ujian Akhir Tahun Sains Tingkatan 2 KSSM
Antara contoh soaaln Sebuah kolam terbiar berdekatan dengan rumah Encik Abu dipenuhi dengan katak. Bunyi bising yang dihasilkan oleh katak tersebut menyebabkan ketidakselesaan kepada Encik Abu sekeluarga. Dia membuat keputusan untuk menggunakan ikan haruan sebagai kawalan biologi.Apakah peranan ikan haruan di dalam kolam tersebut?Terangkan jawapan anda.
Siratan makanan adalah rangkaian beberapa rantai makanan yang berkaitan antara satu sama lain dalam satu ekosistem. Rajah 5 menunjukkan siratan makanan dalam sebuah ladang.
Kanak-kanak memerlukan lebih banyak protein berbanding orang dewasa. Berikan dua contoh sumber protein dan terangkan kepentingan protein kepada pertumbuhan kanak-kanak tersebut.
Di sini akan dikongsikan koleksi soalan akhir tahun bagi tingkatan 2 KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah untuk pelbagai mata pelajaran . Kongsikan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif
Berikut merupakan Ujian Akhir Tahun Sains Tingkatan 2 KSSM
PAT Sains Tingkatan 2 KSSM Contoh 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]