Ramalan UPSR 2019 Sains
Peperiksaan atau ujian adalah “kayu ukur” bagi menyukat sejauh manakah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia merupakan proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen dalam PPSR selain PAJSK dan PBD, namun, kepentingan UPSR masih ditekankan oleh kebanyakan guru dan sekolah.
Melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.
Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
Soalan ramalan UPSR 2019 ini merupakan soalan yang diramalkan sahaja mungkin berdasarkan sasaran dan target bagi tajuk tajuk yang dijangka akan keluar pada peperiksaan sebenar nanti.
Pada musim panas, Menara Eiffel yang diperbuat daripada keluli menjadi lebih tinggi sebanyak 10 cm. Pada pendapat kamu, apakah yang menyebabkan situasi ini berlaku? Nyatakan satu cara pengawetan yang berlainan bagi setiap makanan di atas supaya makan tersebut dapat mengekalkan rasa, tekstur dan rupa dalam tempoh masa seminggu.
Orang ramai lebih gemar memilih makanan yang tidak melalui proses pengawetan. Beri satu keburukan pengawetan makanan. Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan tentang pengaratan bahan. Sebatang paku besi dimasukkan ke dalam setiap tabung uji dan dibiarkan selama dua minggu.
Rajah di bawah menunjukkan satu penyiasatan tentang perkembangan teknologi pertanian. Masa yang diambil untuk menyiapkan kerja membajak tanah bagi keluasan yang sama dicatatkan.
Berikut merupakan Ramalan UPSR 2019 Sains…
Akan dikemaskini
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]