Harga Tiket Penerbangan Labuan Kuala Lumpur Pertengahan Tahun 2019
Setiap tahun, antara perkara yang difikirkan oleh mereka yang bekerja terutamanya yang bertukar wilayah pastinya berkenaan dengan harga tiket penerbangan yang perlu dibeli bagi membolehkan mereka dapat pulang beraya ataupun pulang menyambut gawai dan keamatan bagi mereka yang berasal dari Sarawak dan Sabah.
Pada tahun 2019 ini, hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada cuti pertengahan tahun 2019 ini iaitu pada awal jun. Jadi, harga tiket yang hampir dengan tarikh perayaan tersebut berbeza ketika hari yang lain. Bagi mereka yang bergelar guru pula, pastinya mahu pulang di awal cuti persekolahan yang bercuti selama 2 minggu.
Perkongsian harga tiket ini berpandukan syarikat penerbangan Airasia. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mahu menggunakan laluan udara untuk membuat kira-kira bajet keluarga untuk membeli tiket bagi menyambut perayaan ini di kampung. Bagi yang berada di borneo yang berasal dari semenanjung atau sebaliknya, laluan udara merupakan satu-satunya pengangkutan yang boleh diguna pakai.
Berbanding dengan harga tiket penerbangan bagi negeri Sabah dan Sarawak, harga tiket penerbangan di Labuan lebih murah berbanding dua negeri tersebut.
Berikut merupakan harga tiket penerbangan labuan kuala lumpur bagi perjalanan ulang alik dari Labuan ke Kuala Lumpur.
Bagi perjalanan dari Labuan ke Kuala Lumpur, hanya satu penerbangan sahaja yang boleh digunakan iaitu pada waktu malam dengan hanya Rm174.
Bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan, terdapat dua penerbangan pada tarikh 10 Jun 2019 Isnin dengan harga RM 262 tidak termasuk penambahan hidangan makanan dan bagasi.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang berhajat menggunakan pengangkutan udara.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]