Percubaan SPM 2019 Matematik Sabah
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan satu penilaian yang diadakan di penghujung waktu pendidikan murid di peringkat menengah. SPM ini boleh dikatakan sebagai tiket emas kepada pelajar untuk memasuki pelbagai aliran dan pusat pendidikan pengajian tinggi.
Bagi murid yang cemerlang, pastinya akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dengan dibiayai penuh oleh biasiswa yang disediakan oleh pelbagai pihak dan organisasi.
Dan, pastinya murid yang belajar di luar negara dengan dibiayai oleh pelbagai organisasi dan mendapat keputusan yang baik di peringkat sarjana pastinya akan mendapat tawaran kerja yang bagus dengan gaji yang lumayan.
Murid alumni lepasan SPM pula biasanya akan pulang dan datang ke sekolah lama untuk berjumpa dan melawat bekas bekas guru yang masih berada di sekolah lama. Pastinya peluang ini akan digunakan oleh guru untuk bertanya ke mana sekarang tempat melanjutkan pelajaran ataupun pekerjaan yang dilakukan sekarang.
Disebabkan itulah, SPM merupakan peperiksaan yang sangat penting dalam hidup pelajar. SPM ini boleh dikatakan sebagai batu permulaan kepada gaya dan keadaan hidup pelajar pada masa hadapan. Dan, dengan itu, gunalah peluang dan masa yang masih ada pada calon spm tahun ini untuk terus berusaha bagi mengejar impian dan mencari masa hadapan yang lebih cerah.
Antara contoh soalan Rajah menunjukkan sebuah struktur latihan. Struktur itu terdiri daripada satu satah condong dan satu satah dengan tangga. Kedua-dua berserenjang di antara satu sama lain. Diberi bahawa panjang satah condong ialah 8 cm dan panjang satah dengan tangga ialah 6 m.
Rajah (i) menunjukkan sebuah gabungan pepejal yang terbentuk daripada cantuman separuh silinder dan sebuah prisma tegak pada satah ADEH. Tapak AMHGB terletak pada suatu satah mengufuk. Satah ADCB ialah keratan rentas seragam prisma tegak itu. Segi empat tepat CDEF adalah suatu satah condong. Tepi KA dan CB adalah tegak
Percubaan SPM 2019 Matematik Sabah
Kertas Trial Sabah Matematik SPM K1
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]