Koleksi Tapak Pelaporan Tingkatan 3 KSSM
KSSM akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada sesi persekolahan tahun hadapan, iaitu selepas kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun 2016. Sama seperti KSSR, kerangka kurikulum KSSM juga berasaskan enam tunjang utama.
KSSM ini akan bermula pada tahun 2017 untuk pelajar tingkatan satu, 2018 bagi pelajar tingkatan 2 dan seterusnya sehingga 2021 bagi pelajar tingkatan 5.
Bermula tahun 2019 ini, tingkatan 3 akan mengguna pakai pelaporan PBD yang berdasarkan dokumen DSKP yang terkini. Pelaporan ini akan digunakan untuk merekod perkembangan murid sepannjang tahun semasa berada di tingkatan 3.
KSSM juga mempunyai dskp dan juga tapak pelaporan yang tersendiri sebagaimana proses pergerakan kurikulum dan pentaksiran murid di sekolah rendah.
Terdapat 6 tahap penguasaan dalam pelaporan ini yang akan menentukan penguasaan murid dalam setiap mata pelajaran. Antara 6 tahap penguasaan tersebut adalah seperti Tahap 1 di mana Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
Tahap 2 pula murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Tahap 3 memberi tanggapan umum di mana murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
Tahap 4 pula murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. Tahap 5 adalah Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik sert a tekal dan bersikap positif manakala tahap 6 murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.
Berikut pula merupakan tapak pelaporan offline bagi pelbagai mata pelajaran pelaporan pbd tingkatan 3 kssm.
Pelaporan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3 KSSM
Pelaporan Seni Tari Tingkatan 3
PBD Seni Muzik Tingkatan 3 KSSM
PBD Pendidikan Moral Tingkatan 3 KSSM
PBD Maharat Al Quran Tingkatan 3
PBD Bahasa Melayu Tingkatan 3 KSSM
PBD Bahasa KadazanDusun Tingkatan 3
PBD Bahasa Inggeris Tingkatan 3
PBD Bahasa Cina Tingkatan 3 KSSM
PBD Asas Sains Komputer Tingkatan 3 KSSM
PBD Bahasa Arab Tingkata 3 KSSM
PBD Bahasa Jepun Tingkatan 3 KSSM
PBD Bahasa Perancis Tingkatan 3
Terima kasih.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]