Panduan Harga Tiket Penerbangan Raya dan Gawai Keamatan 2019
Setiap tahun, antara perkara yang difikirkan oleh mereka yang bekerja terutamanya yang bertukar wilayah pastinya berkenaan dengan harga tiket penerbangan yang perlu dibeli bagi membolehkan mereka dapat pulang beraya ataupun pulang menyambut gawai dan keamatan bagi mereka yang berasal dari Sarawak dan Sabah.
Pada tahun 2019 ini, hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada cuti pertengahan tahun 2019 ini iaitu pada awal jun. Jadi, harga tiket yang hampir dengan tarikh perayaan tersebut berbeza ketika hari yang lain. Bagi mereka yang bergelar guru pula, pastinya mahu pulang di awal cuti persekolahan yang bercuti selama 2 minggu.
Perkongsian harga tiket ini berpandukan syarikat penerbangan Airasia. Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mahu menggunakan laluan udara untuk membuat kira-kira bajet keluarga untuk membeli tiket bagi menyambut perayaan ini di kampung. Bagi yang berada di borneo yang berasal dari semenanjung atau sebaliknya, laluan udara merupakan satu-satunya pengangkutan yang boleh diguna pakai.
Panduan yang dikongsi di sini adalah harga tiket bagi penerbangan Airasia yang diambil pada 22 Februari 2019. Namun begitu, harga tiket ini mungkin berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada bilangan kerusi yang terhad dan juga promosi yang mungkin diberikan oleh syarikat penerbangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan bantuan kepada mereka untuk merancang kewangan keluarga pada tahun 2019 ini.
Panduan Tiket Flight Pertengahan Tahun Labuan Kuala Lumpur
Panduan Tiket Flight Pertengahan Tahun 2019 Sabah Kuala Lumpur
Panduan tiket penerbangan Sarawak Kuala Lumpur Pertengahan Tahun 2019
Seterusnya adalah panduan harga tiket kapal terbang dari KLIA2 ke Lapangan Terbang di Semenanjung Malaysia. Destinasi pertama adalah ke Kota Bharu Kelantan. Bagi perjalanan dari KLIA ke Kota Bharu pada Sabtu 25 Mei 2019, harga paling murah adalah Rm192.
Bagi perjalanan dari Kota Bharu ke KLIA, harga paling murah adalah Rm195 paada hari Isni 10 Jun 2019. Boleh rujuk gambar di bawah.
Destinasi kedua adalah melibatkan laluan Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Pada Sabtu 25 Mei 2019, harga tiket sepanjang hari tersebut adalah Rm187.
Bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke KLIA, harga tiket yang paling murah adalah Rm223 pada hari Isnin 10 Jun 2019.
Destinasi seterusnya melibatkan perjalanan antara Kuala Lumpur Ke Pulau Pinang. Harga pada 25 Mei 2019 Sabtu adalah Rm124.
Harga tiket bagi perjalanan dari Penang ke KLIA2 adalah RM 194 pada hari Isnin 10 Jun 2019.
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang berhajat menggunakan pengangkutan udara.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]