Takwim Peperiksaan 2019 Terkini UPSR PT3 SPM SPMU
Bagi kegunaan pihak sekolah dan guru, pihak sekolah dapat merancang pelbagai aktiviti yang ingin diadakan pada tahun 2019 dengan lebih awal supaya pelbagai persiapan dapat dilakukan dengan lebih baik. Pihak sekolah juga dapat memilih tarikh yang tidak berada di dalam cuti persekolahan bagi mengelakkan beberapa masalah timbul seperti kehadiran murid, guru dan pelbagai lagi.
Takwim peperiksaan 2019 ini telah dikeluarkan oleh lembaga peperiksaan. Oleh itu, takwim ini perlu dirujuk sebagai rujukan utama kepada pihak sekolah menggantikan takwim yang dikeluarkan oleh BPSH di bawah
Takwim Peperiksaan 2019 (lama) BPSH
Bagi tahun 2019, SPM ulangan akan bermula pada 3 Jun bagi ujian Lisan dan 25 Jun bagi Ujian Bertulis. Mereka yang berminat untuk menduduki SPMU ini boleh merujuk kepada PPD atau JPN masing masing.
Bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR 2019, bermula pada hari Rabu iaitu 4 September 2019 mungkin mengikut format tahun ini iaitu bermula dengan kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Kemudian peperiksaan UPSR bersambung pada minggu berikutnya iaitu 10 hingga 12 september 2019.
Bagi Pentaksiran Tingkatan 3, Pentaksiran Pendidikan Kesenian bermula pada 18 Februari 2019 hingga 12 Julai 2019. Ujian Lisan bermula pada 18 Ogos bagi bertutur dan mendengar bermula pada 19 Ogos. Ujian Bertulis bagi PT3 bermula pada 30 September 2019.
Pentaksiran Asas Vokasional bermula pada 30 September 2019, STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia bermula pada 21 Oktober 2019 bagi ujian bertulis. Sijil Pelajaran Malaysia pula SPM 2019 bermula pada 14 Oktober 2019 hingga 17 Oktober 2019.
STPM pula bermula pada 8 Mei bagi semester 2 2019, 4 November bagi semester 3 2019 dn 18 November bagi semester 1 2020 berdasarkan takwim oleh BPSH.
Berikut merupakan panduan dan tarikh peperiksaan terkini 2019 awam bagi persekolahan di Malaysia.
Takwim Terkini Peperiksaan Awam 2019 UPSR PT3 SPM SPMU STAM dari Lembaga Peperiksaan
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]