Teks Ucapan Kemerdekaan
Sudah menjadi tradisi di setiap sekolah di mana apabila bermulanya bulan Ogos, pastinya rancangan dan program berkaitan sambutan kemerdekaan negara akan diadakan bagi memupuk semangat patriotik dan sifat cintakan negara di kalangan diri murid.
Hari Kebangsaan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari Kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran bagi memperingati detik bersejarah negara kita mencapai kemerdekaan. Pada 31 Ogos ini, negara kita telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke 57. Oleh itu, sambutan kemerdekaan diadakan di peringkat sekolah untuk memupuk semangat patriotic dalam jiwa pelajar agar sentiasa sayang dan cinta akan negara serta berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai pada hari ini.
Matlamat
Menghayati dan mencintai serta menyayangi negara Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatannya serta mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa.
Objektif
- Memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme di dalam jiwa pelajar-pelajar sekolah supaya terus kekal sehingga remaja dan dewasa.
- Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
- Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan di semua peringkat.
- Menyediakan ruang agar pelajar-pelajar menggunakan kreativiti mereka semasa menjalankan kempen ini
Aktiviti bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua kelas bagi memastikan pelaksanaan program tidak menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan dijalankan dengan bantuan dan kerjasama guru-guru Dunia Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pusat Sumber Sekolah
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebentar lagi, kita akan mengira detik 12 malam. Sejurus selepas itu, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu Tanggal 31 dan lagu Negaraku. Diharap semua hadirin dapat menyanyikannya dengan penuh semangat dan kesungguhan.
Hadirian sekalian, dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam ini.
Betul tu Lokman, semoga dalam kita bergembira menyambut bulan Syawal yang bakal menjelma, kita akan turut menghayati susah payah nenek moyang kita berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Tanpa mereka, mungkin kita masih lagi dijajah dan dirantai walaupun di negara sendiri.
Berikut merupakan teks ucapan kemerdekaan
Semoga bermanfaat kepada guru.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]