Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 2 KSSM
Rajah di bawah menunjukkan sebuah pepejal berbentuk kuboid dengan sebuah silinder berjejari 1 cm telah dikeluarkan daripadanya. Hitung isipadu, pepejal yang tinggal itu.
Diana memandu keretanya dari P ke S melalui Q dan R. Jumlah jarak yang dilalui ialah 150km dan laju purata bagi keseluruhan perjalanan ialah 60km ⁄ j. Diberi Diana memandu 40km dari P ke Q dengan laju purata 80 km ⁄ j. Dia meneruskan perjalanannya dengan laju 62.5km ⁄ j selama 48 minit dari Q ke R dan akhirnya sampai di S. Hitung laju, dalam km⁄j, keretanya dari R ke S.
Suatu bulan dipilih secara rawak dalam setahun. A ialah peristiwa satu bulan yang bermula dengan huruf J dipilih. Tuliskan ruang sampel, S, dan peristiwa , A. Nyatakan juga bilangan unsur dalam ruang sampel, n(S) dan peristiwa, n(A).
Di sini akan dikongsikan koleksi soalan akhir tahun bagi tingkatan 2 KSSM Kurikulum Standard Sekolah Menengah untuk pelbagai mata pelajaran . Kongsikan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.
Enam tunjang KSSM ialah komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai. Bagaimanapun KSSM mengekalkan semua prinsip KBSM bagi prinsip kurikulum sekolah menengah.
Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dikategorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif
Berikut merupakan Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 2 KSSM
PAT Matematik Tingkatan 2 KSSM
Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 2 KSSM
Ujian Akhir Tahun Matematik Tingkatan 2 KSSM Contoh 2
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]