Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2019
Makluman berkenaan dengan calon lepasan SPM 2018 yang berminat untuk memohon dan memasuki Institut Pendidikan Guru pada tahun 2019 ini untuk Program Ijazah Sarjana Muda Pergurusan PISMP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut merupakan hebahan dan maklumat yang diberikan berkenaan tatacara memohon untuk memasuk IPG bagi sesi 2019ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon-calon lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2019 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat-syarat dan kelayakan asas adalah seperti berikut: Syarat di bawah merupakan syarat pada tahun 2018. Dijangka pada tahun 2019 ini, masih mengekalkan syarat yang lama. Namun, pemohon perlu memahami syarat itu apabila permohonan 2019 dibuka nanti.
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2018. (tahun ini mungkin 30 Jun 2019)
- Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan.
Untuk pengetahun semua, mereka yang layak perlu menduduki UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru.
Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
ujian dilaksanakan. iii. Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)
a. Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
Permohonan ke institut pendidikan guru dibuka bermula pada 19 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Layari https://pismp.moe.gov.my untuk permohonan dan keterangan lanjut.
Berikut merupakan siaran makluman permohonan IPG ini
Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
Jon
Ye ke..takde pun dlm portal kpm